Jimat Elektrik tahap 'Advance'

Biasa memang elektrik rumah mode: 'Eco'. Praktikkan cara / tips jimat elektrik seperti tutup peralatan elektrik bila tak guna, matikan suis barang elektrik daripada tinggalkan dalam mode stand-by (TV, astro decoder, mesin basuh, lain-lain), gunakan peralatan elektrik yang cekap tenaga, dan lain-lain banyak lagi boleh google tips jimat elektrik.

Ada satu cara ni confirm korang tak atau belum buat. 'Eco level advance'.. 


Gambar atas ni nak menunjukkan perbezaan sebelum dan selepas apply tips ni. Bermula Jun tahun ni aku try satu mode 'Eco level advance'. Sesuai untuk sesiapa yang mahukan penjimatan 'advance' pada bil TNB. Ada yang cakap, dah pening tak tahu mana lagi nak jimat bil TNB, makin hari bil TNB makin mahal..

Ada peralatan elektrik yang korang perlu on kan 24/7, contohnya peti sejuk & penapis air sejuk & panas. 

Kaedahnya cuba gunakan 24hrs timer switch (seperti gambar di bawah). 


Cari jenis berkualiti, ada SIRIM, jika ada warranty lagi bagus. Harga lebih kurang RM20 je, hardware ada jual.

Penapis Air Sejuk & Panas

Pasang 24hrs timer switch pada alat penapis air sejuk & panas lebih straight-forward. Pasangkan pada plug alat penapis air sejuk & panas dan set kan mengikut masa off-on yang korang fikirkan sesuai. Contohnya sebelum ini alat penapis air sejuk & panas ini on selama 24/7. Adakah kita perlukan penapis air ini on pada jam 12malam ke 6 pagi? Jika tidak perlu, set kan auto off dari 12 malam ke 7 pagi. Bila 7 pagi alat auto on air didih panas atau sejuk seperti biasa. Sedangkan telah berlaku penjimatan sebanyak 7 jam sehari, bersamaan 210 jam total dalam sebulan. 

*Ada jenis penapis air ini mode ‘Eco’ tapi ia masih juga menggunaan elektrik. Adalah lebih baik  complete-off dari biar dalam stand-by Eco mode. 

Peti Sejuk

Salah satu peralatan elektrik yang kita on 24/7, 365 hari, ‘wajib’. 

Selama 4 bulan ni perhatikan, saja try gunakan 24hrs timer switch ni pada peti sejuk untuk auto off-on untuk beberapa jam. Tetapi sebelum itu perlulah tahu 'trick' ini, duit syiling & ais. (lihat sini). 

Sebelum pasang 24hrs timer switch pada peti sejuk. Sediakan duit syiling & ais (seperti link atas) terlebih dahulu. Kemudian pasangkan 24hrs timer switch pada plug peti sejuk & set kan auto off-on selama 1 jam. Selepas 1 jam check ais tersebut. Tiada perubahan. Ini kerana peti ais mempunyai penebat haba yang tinggi & ais tidak mudah cair. 
Jadi, peti ais boleh dimatikan tanpa mengganggu bahan-bahan di dalamnya. Kemudian boleh cuba auto off-on selama 2 jam. Lihat perubahan bekas ais & syiling tadi. Jika tiada perubahan juga, seterusnya set auto off-on selama mana pemerhatian korang yang ais tersebut tidak cair. Contoh jika boleh auto off-on dari 1 pagi sehingga 4 pagi. Pukul 5 pagi peti ais auto on, 7 pagi buka peti sejuk, air dalam keadaan sejuk seperti biasa. Sedangkan telah berlaku penjimatan sebanyak 4 jam sehari atau bersamaan 120jam total dalam sebulan.

Contoh di atas ni saja sudah berlaku penjimatan sebanyak 330 jam untuk sebulan, iaitu penjimatan yang berlaku semasa kita sedang tidur.

Kenapa tidak manually off-on saja? jika rajin silakan.. Jangan terlupa on balik sudah, rosak bahan makanan dalam bahagian beku tu.

Selama 4 bulan ni aku try. Memang menunjukkan penjimatan sehingga 50% bil TNB. Jika 10 tahun  dah dapat jimat RM6k (rm50 x 12bln x 10thn) kat bil TNB sahaja.. 

#jimattenagajimatwang💪😎

Comments

  1. Ni kalo xturun gak bil, xtau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Confirm turun. Dah try 4 bulan ni. Tu berani share 😁

      Delete
  2. Tak rosak ke peti ais on off selalu

    ReplyDelete
  3. tak rosak ker peti sejuk kalau asyik on and off?

    ReplyDelete

Post a Comment