Letakkan duit syiling di atas ais

Letakkan Duit Syiling Di Atas Ais

Tips ini digunakan di luar negara semasa mereka perlu berpindah keluar rumah kerana ribut taufan atau keluar pergi bercuti, iaitu bagaimana untuk mengetahui sama ada bekalan elektrik terputus semasa anda berada jauh atau tiada di rumah untuk tempoh masa yang lama. 

Isikan cawan/ bekas kecil dengan air, letakkan dalam peti sejuk sehingga air tersebut keras menjadi ais, kemudian letakkan duit syiling di atas ais tersebut. Biarkan cawan/ bekas kecil tadi di dalam ruang beku, dan apabila anda pulang ke rumah, periksa keadaan syiling tersebut.


Jika duit syiling itu berada di bahagian dasar cawan, ini bermakna bekalan elektrik telah terputus cukup lama untuk ais cair dalam peti sejuk anda, duit syiling jatuh , dan kemudian apabila bekalan elektrik itu kembali pulih dan air tersebut beku kembali kepada ais dengan syiling tersebut berada di bawah ais. Jika duit syiling tersebut berada di atas permukaan ais, bermakna bekalan elektrik tetap seperti biasa, atau hanya terputus dalam tempoh yang singkat tanpa mencairkan ais.

Ia adalah satu ‘trick’ yang menyeronokkan, tetapi ia praktikal untuk mengetahui jika bekalan elektrik terputus cukup lama untuk secawan ais itu cair - iaitu mengambil masa yang sangat lama di dalam peti sejuk yang tertutup - dan kemudian bila anda kembali ke rumah, makanan anda di dalam peti sejuk beku sama seperti sejuk atau beku semasa anda meninggalkannya, sedangkan anda tidak tahu makanan tersebut telah cair sebelumnya dan berjam-jam di dalam suhu bilik atau dalam keadaan tidak sejuk. Sekiranya anda mendapati duit syiling itu berada di bahagian dasar bekas, ia mungkin merupakan petunjuk yang baik bahawa anda perlu membersihkan peti sejuk dan tidak mengambil risiko untuk makan makanan yang telah tercemar. Bagaimanapun, walau dengan gangguan bekalan elektrik yang singkat, peti sejuk cukup baik untuk menyimpan bahan makanan segar. Tetapi jika duit syiling itu berada di bahagian dasar cawan/ bekas tersebut, petunjuk bahawa bahan makanan anda telah cair dan ia membeku kembali tanpa anda sedari. Tip ini sederhana, tetapi ia berguna jika anda berada jauh dari rumah.

-----------------------------

JIMAT ELEKTRIK TAHAP 'ADVANCE'

Comments