INFO TERKINI (12 FEBRUARI 2018)

Tunggakan Bayaran Yuran Persatuan 

Assalamualaikum W.B.T dan Salam 1 Negaraku,

Seperti sedia maklum, Persatuan Teras Johor Bahru @ THRUSTER telah memulakan aktiviti mengumpul (saving) modal persatuan bermula dari Jun 2017 dan kini kita telah memasuki bulan-bulan terakhir bagi Tahun Pertama kewangan Persatuan.

Setakat 09 Feb 2018, Persatuan telah berjaya membentuk modal sebanyak RM11,200 di dalam akaun Persatuan. Manakala sasaran tahun pertama persatuan adalah membentuk modal sebanyak RM21,730. (53 orang ahli x RM410).

Sehubungan dengan itu, setiap ahli diminta dapat menyelesaikan tunggakan bayaran yuran persatuan dengan kadar segera, tunggakan bayaran ini perlulah dijelaskan selewat-lewatnya sebelum 31 Mac 2018.

Bayaran yuran ini adalah bagi memastikan segala perancangan dan aktiviti-aktiviti yang dirancangkan oleh persatuan dapat direalisasikan.

Senarai nama ahli yang masih mempunyai tunggakan bayaran yuran adalah seperti dibawah: (Rujuk Senarai Nama)

Maklumat Bank untuk Bayaran Yuran:
Persatuan Teras Johor Bahru 
Nama Bank: Bank Islam
No. Akaun: 01041010073902

*Setelah bayaran dibuat, sila maklumkan kepada Bendahari (Khairrul @ Apek) untuk rekod. sila sertakan bersama Resit atau bukti bayaran.


Sekian, Terima kasih.










Comments