INFO TERKINI (15 JUL 2019)

Mesyuarat Agung April 2019 sudah,
Puasa (Mei) sudah,
Raya (Jun) pun sudah,
Misi Persatuan kita teruskan.. ☺



Assalamualaikum WBT.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli yang telah menjayakan Majlis Mesyuarat Agung DwiTahunan & Hi-Tea pada 6 April 2019 lalu. Walau banyak kekurangan pada majlis pertama kali yang diadakan ini, InsyaAllah kita akan perbaiki mana kekurangan yang ada pada majlis akan datang..
Pada ahli yang tidak dapat menghadirkan diri masih juga boleh memberi sokongan, iaitu dengan turut serta dalam segala rancangan / aktiviti yang diadakan oleh persatuan. Seperti membayar yuran mengikut jadual yang ditetapkan oleh persatuan. Segala perancangan tidak lain tidak bukan hanyalah untuk memberi sesuatu yang positif kepada ahli-ahli. 

Jika pada tahun 2017, kita bermula dengan modal RM0. Sekarang tahun 2019, 2 tahun telah berlalu, kita secara persatuan telah berjaya mengumpulkan modal berjumlah RM21 ribu. TAHNIAH! bukan suatu yang mudah, tetapi kita persatuan berjaya lakukan. Sasaran bagi 2 tahun akan datang, pada tahun 2021, jika ahli-ahli mengekalkan komitmen yang ada, kita secara persatuan mampu mencapai sasaran modal RM40k hingga RM60k! 
 -> Contoh Bisnes modal RM20k: Siapa sangka idea mulanya ditertawa dan dikatakan mengarut oleh rakan-rakan. Akhirnya menerima kunjungan seramai lebih 1,000 pengunjung setempat dan juga dari luar..
Artikel Penuh : Bila Rembau dah ada rumah salji...
Di atas ini hanyalah contoh.. Bukan bermaksud Persatuan ingin buka bisnes Rumah Salji juga.. :p 

Untuk makluman ahli, selepas Mesyuarat Agung DwiTahunan yang lalu, mungkin pada ahli-ahli tidak ada sebarang aktiviti dilakukan oleh persatuan. Namun sebenarnya, berlaku aktiviti di peringkat jawatankuasa, iaitu proses bagi menyediakan penyata kewangan Tahun 1 dan Tahun 2, dan dokumen-dokumen yang perlu di kemaskini / dimuat-naik ke website Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Terima kasih pada jawatankuasa yang terlibat, setakat ini mereka membantu urusan persatuan secara sukarela. 

1) Minit Mesyuarat bagi Mesyuarat Agung Dwi-Tahunan 2019 untuk rujukan ahli-ahli.





atau, untuk simpanan boleh muat-turun di sini.

2) Penyata Kewangan bagi Tahun 1 dan Tahun 2
(telah diperiksa / diaudit oleh Pemeriksa Kira-kira)
boleh muat-turun di sini.

Penggal Baru - Tahun Ketiga dan Tahun Empat (T3-T4) 

Alhamdulillah bermula JUN 2019 ini adalah mulanya Penggal Baru - Tahun Ketiga (T3) dan Tahun EMPAT (T4) bagi Tahun Kewangan Persatuan TERAS JOHOR BAHRU. Saya sebagai wakil persatuan amat berharap ahli-ahli dapat mengikuti jadual bayaran yang telah ditetapkan ini. 

Jika persoalan "Apa kelebihan bayaran RM400 setahun pada persatuan?". Jawapannya, "Dengan modal kecil RM400 ini kita membentuk modal RM20 ribu setahun di dalam akaun persatuan. Kemudian secara persatuan kita lakukan aktiviti yang menjana ekonomi..  Tapi jika ahli boleh bentuk modal RM20 ribu secara sendirian, adalah lebih elok dan pantas anda bergerak sendirian sahaja.. :)



Berikut adalah jadual bayaran yuran bagi T3 & T4: 


Jumlah Bayaran Diterima dan Tunggakan Ahli bagi Tahun 1 dan Tahun 2

Untuk makluman ahli, setakat 31 Mei 2019, iaitu selama tempoh 2 tahun ini Persatuan telah berjaya membuat kutipan dana / modal sebanyak RM21K. Berbanding jumlah yang disasarkan oleh persatuan iaitu RM40,500.

Sehubungan dengan itu, bagi ahli yang masih mempunyai tunggakan boleh menjelaskannya dengan kadar segera.
Merujuk Perlembagaan Persatuan, Fasal 6 (d) (Pindaan:06Apr.2019)  -  Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi Dua (2) tahun (atau RM800) dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli Persatuan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
Berikut adalah senarai bayaran diterima dan tunggakan untuk semakan ahli:
(Jika terdapat kesilapan dalam rekod ini, mohon ahli hubungi bendahari untuk semakan.)
atau, Senarai di atas untuk simpanan boleh muat-turun di sini.

Ahli yang masih mempunyai tunggakan bayaran yuran bolehlah membuat bayaran di akaun Bank Persatuan seperti di bawah:- 

Maklumat Bank untuk Bayaran Yuran:
Persatuan Teras Johor Bahru 
Nama Bank: Bank Islam
No. Akaun: 01041010073902

*Setelah bayaran dibuat, sila maklumkan kepada Bendahari (Khairrul @ Apek) untuk rekod. sila sertakan bersama Resit atau bukti bayaran.

    Sekian, terima kasih.

    "TEAMWORK MAKES THE DREAM WORK"



    Comments