PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN
PERSATUAN TERAS JOHOR BAHRU
FASAL 1 NAMA
(1)
Pertubuhan ini dikenali dengan nama
PERSATUAN TERAS JOHOR BAHRU
Selepas
ini disebut ”Pertubuhan”.
(2) Takrif Nama :
PERSATUAN TERAS JOHOR BAHRU
Menjadi Teras Kebajikan dan Kemajuan Berterusan Kepada Setiap
Ahli.
(2) Bertaraf : Negeri
FASAL 2 ALAMAT
(1)
Alamat dan tempat urusan pertubuhan ialah
27-01, Jalan
Padi Emas 1/4, UDA Business Centre, Bandar Baru Uda,
81200 Johor
Bahru,
JOHOR
dan alamat untuk
surat menyurat adalah
27-01, Jalan
Padi Emas 1/4, UDA Business Centre, Bandar Baru Uda,
81200 Johor
Bahru,
JOHOR
atau di tempat
lain atau tempat-tempat yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh
Jawatankuasa
(2) Tempat urusan berdaftar dan alamat surat menyurat Pertubuhan
tidak boleh diubah tanpa kebenaran Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu.
FASAL 3 TUJUAN / MATLAMAT
(1) Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli
(2) Memberi manfaat kepada ahli
(3) Menyalurkan sumbangan atau derma kepada mereka yang memerlukan
FASAL 4 KEAHLIAN
(1)
Keahlian
pertubuhan adalah seperti berikut;
a)
Ahli Biasa
·
Warganegara Malaysia
·
Berumur 18 ke atas
·
Keutamaan kepada Alumni Sekolah Men. Keb. Agama
Johor Bahru (1999 - 2003)
b)
Ahli Bersekutu terbuka kepada mereka yang tidak memenuhi
kriteria ahli biasa. Ahli Bersekutu tidak dibenarkan memegang jawatan atau
mengundi.
(2)
Tiap-tiap
permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan
dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan
secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Jawatankuasa boleh
mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi
sebab-sebabnya.
(3)
Tiap-tiap pemohon
yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah
setelah membayar bayaran masuk dan yuran pertama seperti yang ditetapkan
diterima menjadi ahli Pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
FASAL 5 PEMBERHENTIAN
DAN PEMECATAN AHLI
(1)
Ahli yang hendak berhenti daripada
menjadi ahli Pertubuhan hendaklah memberi kenyataan bertulis Dua (2) minggu terlebih dahulu kepada Setiausaha dan menjelaskan
segala hutangnya.
(2)
Mana-mana ahli
yang gagal mematuhi undang-undang Pertubuhan atau bertindak dengan cara yang
akan mencemarkan nama baik Pertubuhan boleh dipecat atau digantung keahliannya
bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau menggantung
keahlian ahli tersebut, ahli itu hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi
pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan
keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.
FASAL 6 SUMBER
KEWANGAN
Sumber
kewangan pertubuhan ini adalah daripada:
(1)
Bayaran masuk RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja)
(2)
Yuran:
a)
Yuran tahunan RM 400.00 (Ringgit
Malaysia: Empat Ratus Sahaja)
b)
Yuran tahunan hendaklah
dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh Sebelas (11) bulan dari awal tiap-tiap tahun kewangan.
c)
Ahli yang
membiarkan hutang yurannya lebih daripada Dua
(2)
tahun akan menerima
surat peringatan yang ditandatangan oleh atau wakil Setiausaha, dan hilanglah
hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
d)
Ahli yang
membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi Tiga (3) tahun dengan sendirinya
terhenti daripada menjadi ahli Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan
supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati
yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
e)
Jawatankuasa
mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah
membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.
f)
Yuran khas atau
kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut
dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli.
Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam
tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang
yuran tahunan.
(3) Sumbangan
Pertubuhan ini
dibenarkan untuk menerima sumbangan dalam apa-apa bentuk dan
sumbangan yang
diterima hendaklah diisytiharkan di dalam Penyata Tahunan Pertubuhan.
(4) Kutipan Derma
Pertubuhan boleh
membuat kutipan derma dari orang ramai dengan syarat pengesahan daripada
Pendaftar Pertubuhan dan kebenaran daripada pihak berkuasa berkenaan diperolehi terlebih dahulu.
(5)
Perniagaan
Pertubuhan ini boleh menjalankan kegiatan ekonomi seperti menjual,
membeli, melabur, menyewa, memiliki harta alih dan tak alih dan lain-lain
kegiatan ekonomi. Semua wang dan keuntungan yang didapati oleh Pertubuhan ini akan
digunakan semata-mata untuk melanjutkan, memajukan dan menjalankan tujuan
Pertubuhan dan tiada sebahagian pun daripada wang atau keuntungan tersebut
boleh digunakan untuk membayar faedah, keuntungan atau bonus kepada mana-mana
ahlinya. Sungguhpun begitu peruntukan ini tidak menghalang sebarang pembayaran
yang di buat dengan tujuan baik seperti untuk membayar gaji atau perbelanjaan
atau kedua-duanya kepada sebarang ahli atau pekerja Pertubuhan ini.
FASAL 7 MESYUARAT
AGUNG
(1)
Pengelolaan
Pertubuhan ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya Satu perdua (1/2) daripada
jumlah ahli yang berhak mengundi atau Dua
(2) kali jumlah AJK, mana-mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam
mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan mencukupi korum untuk
mesyuarat.
(2)
Jika korum tidak
cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk
mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh tidak
lebih daripada 30 hari yang
ditetapkan oleh Jawatankuasa; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam
daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu,
maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah
berkuasa meminda undang-undang Pertubuhan.
(3)
Mesyuarat Agung DwiTahunan bagi Pertubuhan hendaklah diadakan dengan secepat
mungkin setelah berakhirnya tempoh 24
bulan daripada tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan
terakhir tetapi tidak lewat daripada 30hb
September pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.
Agenda Mesyuarat Agung DwiTahunan
ialah:
(a)
menerima laporan
Jawatankuasa berkenaan perjalanan pertubuhan di dalam tahun lalu;
(b)
menerima laporan
Bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu;
(c)
memilih ahli-ahli
Jawatankuasa dan melantik pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang; dan
(d)
menguruskan
perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.
(4)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya Tiga Puluh (30)
hari sebelum Mesyuarat Agung DwiTahunan
diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan
laporan serta penyata kira-kira Pertubuhan bagi tahun lalu yang telah
diaudit. Salinan surat-surat ini juga
hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan
Pertubuhan.
(5)
Mesyuarat Agung
Khas bagi pertubuhan ini boleh diadakan:
(a)
bila difikirkan
mustahak oleh Jawatankuasa; atau
(b)
atas permintaan
beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang dari Satu perlima (1/5)
dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab
mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Pertubuhan.
(6)
Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh
ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari
tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.
(7)
Pengumuman dan
agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha
kepada semua ahli sekurang-kurangnya Tiga Puluh (30) hari sebelum tarikh
yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat.
(8)
Fasal 7(1) dan 7(2)
di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung DwiTahunan boleh digunakan untuk
Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas
setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas
permintaan ahli-ahli itu, maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan
dari tarikh ini, Mesyuarat Agung Khas
atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.
(9)
Setiausaha
hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan minit tiap-tiap
Mesyuarat Agung DwiTahunan dan
Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya
mesyuarat itu.
FASAL 8 JAWATANKUASA
(1)
Satu Jawatankuasa seperti berikut yang
dinamakan Pegawai Pertubuhan hendaklah dipilih dua tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan:
Seorang Pengerusi
Seorang Naib
Pengerusi
Seorang Setiausaha
Seorang Bendahari
Seorang Penolong Bendahari
Empat (4) orang
Ahli Jawatankuasa Biasa.
(2)
Pemegang-pemegang
jawatan Pertubuhan ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif
dalam Pertubuhan ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.
(3)
Nama-nama untuk
jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan
dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan. Semua pegawai boleh dipilih semula dua tahun sekali.
(4)
Fungsi Jawatankuasa ialah mengelola dan
mengaturkan kerja-kerja harian Pertubuhan dan membuat keputusan atas
perkara-perkara mengenai perjalanan Pertubuhan mengikut dasar am yang telah
ditetapkan oleh mesyuarat agung.
Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang
bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu
berhubung dengannya dan Jawatankuasa mestilah sentiasa mematuhi keputusan
mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah
mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun lalu kepada tiap-tiap
Mesyuarat Agung DwiTahunan
(5) Jawatankuasa
hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali
dalam Dua (2) tahun. Notis bagi
tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli jawatankuasa Tiga Puluh (30)
hari terlebih dahulu. Pengerusi dengan bersendirian atau tidak kurang daripada Empat
(4) orang ahli Jawatankuasa bersama-sama boleh memanggil supaya diadakan
mesyuarat Jawatankuasa pada bila-bila masa.
Sekurang-kurangnya Setengah (1/2) daripada bilangan ahli
Jawatankuasa hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum
mesyuarat.
(6) Jika timbul perkara mustahak yang
berkehendakkan kelulusan Jawatankuasa dan mesyuarat Jawatankuasa tidak dapat
diadakan, maka Setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan dari ahli-ahli
jawatankuasa secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut
mestilah disempurnakan sebelum keputusan Jawatankuasa boleh dianggap sebagai
telah diterima:
(a)
Masalah yang
dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling
yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Jawatankuasa;
(b)
Sekurang-kurangnya
setengah daripada bilangan ahli Jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan
atau bantahan mereka terhadap cadangan itu; dan
(c)
Keputusan
hendaklah dengan undi yang terbanyak. Sebarang
keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh
Setiausaha kepada mesyuarat Jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan
dicatatkan di dalam minit mesyuarat.
(7) Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri
mesyuarat Jawatankuasa tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan
akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di dalam Jawatankuasa.
(8) Jika seorang ahli Jawatankuasa meninggal
dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undi terbanyak di
dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan
itu. Jika calon yang sedemikian tidak
ada atau menolak jawatan itu, maka berkuasalah Jawatankuasa melantik ahli yang
lain memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan.
(9) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada
Setiausaha dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan Pertubuhan, dan
melantik pengurus dan kakitangan yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan
jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan,
curang, tidak cekap, engkar menjalankan keputusan Jawatankuasa, atau kerana
sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan Pertubuhan.
(10)
Jawatankuasa boleh
menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak dan memberikan kewajipan
khas kepada sebarang ahli Jawatankuasa.
(11)
Jawatankuasa sebelumnya
hendaklah menyerahkan semua dokumen yang berkaitan dengan Pertubuhan kepada
Jawatankuasa yang baru dipilih, namun masih dipertanggungjawabkan jika ada
kesilapan, kerosakan, dan kehilangan semua rekod atau dokumen tersebut.
FASAL 9 KEWAJIPAN-KEWAJIPAN
PEGAWAI
(1)
Pengerusi, dalam
tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi Pengerusi semua mesyuarat agung
dan semua mesyuarat Jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan
perjalanan semua mesyuarat. Ia mempunyai
undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah
diluluskan.
(2)
Naib Pengerusi hendaklah
memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaannya.
(3)
Setiausaha
hendaklah menjalankan kerja pentadbiran Pertubuhan mengikut undang-undang dan
hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Jawatankuasa. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan
surat menyurat dan menyimpan semua rekod dan dokumen pertubuhan, kecuali buku-buku
akaun dan dokumen kewangan. Setiausaha
hendaklah menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi maklumat terperinci ahli
mengikut kategori seperti nama, tempat dan tarikh lahir, nombor kad pengenalan,
pekerjaan, nama dan alamat majikan dan alamat rumah kediaman tiap-tiap
ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua
mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat.
Setiausaha hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung DwiTahunan diadakan mengirimkan penyata
tahunan Pertubuhan kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di
bawah Seksyen 14(1) Akta Pertubuhan, 1966.
(4)
Bendahari adalah
bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Pertubuhan. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira
berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas ketepatannya.
(5)
Penolong Bendahari
hendaklah menolong Bendahari menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu
semasa ketiadaan Bendahari.
(6)
Ahli Jawatankuasa
Biasa hendaklah menghadiri semua mesyuarat Pertubuhan dan membantu Jawatankuasa
dalam menjalankan tugas yang diarahkan olehnya.
FASAL 10 KEWANGAN
(1)
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan
berikut dalam undang-undang ini wang Pertubuhan ini boleh digunakan untuk
perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan Pertubuhan, termasuklah
belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan
kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa
kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu
tidaklah boleh digunakan untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan
hukuman oleh Mahkamah.
(2)
Bendahari
dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih daripada jumlah itu mestilah dalam
tempoh 7 hari dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Jawatankuasa. Akaun bank
itu hendaklah di atas nama Pertubuhan.
(3)
Segala cek atau
kenyataan pengeluaran wang dari akaun Pertubuhan hendaklah ditandatangani
bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. Semasa ketiadaan Pengerusi, Setiausaha atau
Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di antara mereka sebagai
pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang Pertubuhan.
(4)
Perbelanjaan RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu
Sahaja) dan ke bawah bagi sesuatu masa boleh
diluluskan oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari.
Perbelanjaan yang
lebih daripada RM 2,000.00 (Ringgit
Malaysia: Dua Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar
dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa.
Perbelanjaan yang
lebih daripada RM 10,000.00 (Ringgit
Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan
tanpa mendapat kebenaran mesyuarat agung terlebih dahulu.
(5)
Penyata kewangan
serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari dan
diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11
undang-undang ini dengan seberapa segera setelah tamatnya tahun kewangan. Penyata kewangan dan kunci kira-kira yang
telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung DwiTahunan yang berikut dan salinannya
hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan Pertubuhan.
(6)
Tahun kewangan
Pertubuhan ini hendaklah bagi tempoh 12 bulan iaitu bermula dari 1hb Jun.
FASAL 11 JURUAUDIT
(1)
Dua orang yang
bukannya Pegawai Pertubuhan hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung DwiTahunan sebagai Juruaudit. Mereka akan
memegang jawatan selama Dua (2)
tahun dan boleh dilantik semula.
(2)
Juruaudit adalah
dikehendaki memeriksa penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi
setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung DwiTahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa
oleh Pengerusi mengaudit penyata kewangan dan kunci kira-kira Pertubuhan bagi
mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada
Jawatankuasa.
FASAL 12 PENTADBIR
HARTA / PEMEGANG AMANAH
(1) Harta yang tidak boleh dialih bagi
Pertubuhan hendaklah didaftar atas nama Pertubuhan dan segala surat cara yang
berkaitan dengan harta itu adalah sah dan berkuatkuasa seolah-olah suratcara
itu telah disempurnakan oleh seorang tuan punya berdaftar dengan syarat bahawa
suratcara itu disempurnakan oleh tiga orang pemegang jawatan Pertubuhan ini
yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari yang ada pada masa
itu dan pelantikan mereka adalah disahkan oleh satu perakuan daripada Pendaftar
Pertubuhan dan dimeterikan dengan meteri Pertubuhan.
(2) Segala hak milik Pertubuhan tidak boleh
dijual, ditarik balik atau dipindah hak milik dengan tidak mendapat kelulusan
dan kuasa yang diberikan oleh Mesyuarat Agung Pertubuhan.
FASAL 13 TAFSIRAN
PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN
(1)
Di antara
berlangsungnya mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya
kepada undang-undang ini dan Jawatankuasa, jika mustahak, boleh memutuskan
perkara-perkara yang tidak jelas di dalam undang-undang ini.
(2)
Kecuali
perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah
dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad
jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.
FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG
Jawatankuasa
boleh, jika difikirkan perlu, melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penaung
bagi Pertubuhan ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan
persetujuannya secara bertulis
FASAL 15 LARANGAN
(1)
Sebarang bentuk perjudian seperti yang
ditafsirkan dalam Akta Rumah Judi Terbuka, 1953 adalah dilarang dimainkan di
premis pertubuhan.
(2)
Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak
harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga mengganggu perniagaan atau
harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja
seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.
(3)
Pertubuhan ini tidak boleh menjalankan
loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama Pertubuhan
atau pegawai-pegawai atau Jawatankuasa atau ahli, tanpa kelulusan daripada
pihak berkuasa berkenaan.
(4)
”Faedah” seperti
yang diterangkan di bawah Seksyen 2 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh
diberikan oleh Pertubuhan kepada mana-mana ahlinya.
(5)
Persatuan penganut
tidak dibenarkan mentadbir rumah ibadat.
FASAL 16 PINDAAN
PERLEMBAGAAN
Undang-undang ini tidak
boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk pindaan kepada undang-undang
hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh
keputusan mesyuarat agung meluluskan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan
mulai daripada tarikh pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
FASAL 17 PEMBUBARAN
(1)
Pertubuhan ini boleh dibubarkan secara
sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada Dua pertiga (2/3) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi dalam
suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.
(2)
Sekiranya Pertubuhan hendak dibubarkan
secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan Pertubuhan
yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal
hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung
berkenaan.
(3)
Permohonan
pembubaran ini hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 30
hari dari tarikh keputusan pembubaran itu.
* Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) telah meluluskan perlembagaan Persatuan Teras Johor Bahru pada 23hb April 2017. Perlembagaan ini boleh dimuat turun dilaman web ini : https://drive.google.com/open?id=0Bwb0K2-V7pImNWNYRkhLeHdCbjQ
Comments
Post a Comment