LATAR BELAKANG PERSATUAN
LATAR BELAKANG
Persatuan Teras Johor Bahru (PPM-004-01-23042017) merupakan Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Johor Bahru (Tahun 1999 - 2003).
Persatuan ini telah berdaftar secara rasminya dengan Jabatan Pendaftaran Persatuan Malaysia (JPPM) pada 23hb. April 2017.
MATLAMAT
1) JANGKA PENDEK
- Mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli.
- Memberi manfaat kepada ahli-ahli.
2) JANGKA SEDERHANA
- Tahun Pertama Kewangan : Jun 2017 - Mei 2018
- Kumpul dana tahunan berjumlah RM29,600 (74 orang ahli @ RM400).
- Dana tahunan (sebelum kegiatan ekonomi berlaku) akan disimpan di dalam ‘Fixed Deposits’ (kadar interest ~3% p.a).
- Pada tahun ketiga (2020), anggaran dana berjumlah RM88,800.
- Mesyuarat Agung DwiTahunan (2019) akan diadakan dan buka kepada ahli-ahli untuk memberi cadangan kegiatan ekonomi yang boleh dijalankan bagi dana tersebut. Cadangan yang mendapat persetujuan majoriti ahli akan dipilih.
- Walaubagaimanapun, jika tidak berlaku kegiatan ekonomi pada tahun tersebut, simpanan dana akan diteruskan kepada sasaran RM150k - 200k (dimana lebih banyak kegiatan ekonomi boleh dilakukan pada skala ini)
3) JANGKA PANJANG
- Kumpul dana berjumlah RM200K dalam tempoh kurang 7 tahun (2024).
- Persatuan akan membentuk KOPERASI berdaftar, apabila persatuan mampu:-
- Mencapai kehadiran minimum 50 ahli pada Mesyuarat Agung
- Mencapai keuntungan minimum RM2,000 tahunan (Kos bagi JuruAudit Koperasi)
Comments
Post a Comment